Yes Life Untuk Android Pada Bulan Hadapan?

Yes Life Untuk Android Pada Bulan Hadapan?

Diterbitkan pada Mei 12, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, YTL Communications telah pun menyediakan aplikasi Yes Life untuk iOS, dan menariknya kini YTL Communications telah pun turut sama mengumumkan yang mana mereka juga bakal mengeluarkan Yes Life untuk Android dan BlackBerry dalam masa beberapa bulan lagi.

Walaupun tiada sebarang tarikh nyata yang diberikan buat masa ini, kami mensasarkan yang mana Yes Life untuk Android berkemungkinan besar akan dilancarkan pada bulan hadapan bersama-sama dengan peranti Android daripada Yes. Buat masa ini, spesifikasi berkenaan dengan peranti Android tersebut masih lagi tidak diketahui. Namun beberapa perkara yang diketahui adalah ianya akan membawakan skrin lebih besar daripada 4-inch dan turut sama akan menyertakan sebuah aplikasi panggilan video khas, serta mungkin akan membawakan ruangan SIM padanya.

Info berkaitan dengan Yes Life untuk BlackBerry masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan YTL masih tidak mengumumkan sebarang perancangan berkenaan dengan aplikasi Yes Life untuk Windows Phone dan Symbian buat masa ini.

#yeslifeios today iOS, soon Android, and yes, BlackBerry as well!less than a minute ago via Twitter for iPad Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN