Halaman Khas Yes Life Dan Aplikasi Yes Life Untuk iOS Dilancarkan

Halaman Khas Yes Life Dan Aplikasi Yes Life Untuk iOS Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 12, 2011 oleh .

Nampaknya, pihak YTL Communications kini telah pun menyediakan sebuah halaman khas untuk Yes Life, yang mana boleh diakses oleh semua. Ianya menjadi salah satu pusat sehenti untuk para pengguna merujuk berkaitan dengan Yes Life, selain turut sama menyediakan ruangan muat-turun untuk pelbagai platform yang disokong olehnya.

Buat masa ini, Yes Life disokong untuk sistem operasi Windows, Mac OS X, dan juga hari ini diperkenalkan untuk iOS. YTL Communications juga turut sama menyatakan yang mana versi Android dan juga BlackBerry akan menyusul dalam masa beberapa bulan lagi. Versi untuk Symbian juga dikatakan ada dalam perancangan mereka.

Melalui Yes Life, ianya membolehkan para pengguna membuat panggilan dan menghantar SMS dengan mudah pada kadar serendah hanya 9sen untuk seminit ataupun satu SMS. Anda juga boleh menggunakannya dimana-mana sahaja diseluruh dunia, kerana ianya hanya menggunakan sambungan internet untuk digunakan, serta didatangkan bersama-sama dengan nombor panggilan 018.

Menurut pihak YTL sendiri, Yes Life untuk iOS ini lebih 100% lebih efisyen dari segi data jikalau dibandingkan bersama-sama dengan Viber, serta lebih 800% menjimatkan tenaga jikalau dibandingkan dengan Skype. Pada platform iOS, ianya turut sama menyokong fungsi push SMS, menjadikannya lebih menarik, dan berfungsi 100% seperti peranti iOS biasa.

Bersempena dengan pelancaran khas Yes Life untuk iOS, kini YTL turut sama memberikan akaun percubaan percuma dengan kredit terbina sebanyak RM5 yang mana bboleh bertahan selama 14 hari. Promosi ini adalah khas untuk para pengguna Yes Life untuk iOS, dan sah sehingga 12 Julai kelak.


TIPS & ULASAN