Carian
Telefon Pintar Android Daripada Yes Pada Bulan Ogos Kelak
May 13, 2011 Aman

Selepas memperkatakan yang mana telefon Android daripada Yes4G bakal dilancarkan sekitar bulan Jun, nampaknya ianya kini terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa sebab, dan kini ianya dijangka akan dilancarkan kepada umum sekitar bulan Ogos kelak.

Yes Buzz
Buat Masa Ini Yes Menawarkan Yes Buzz Untuk Penggunannya

Buat masa ini spesifikasi telefon pintar yang dibangunkan sendiri oleh YTL Communications itu masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun begitu, daripada beberapa data yang dapat dikumpulkan, ianya diperkatakan yang mana telefon Android tersebut kelak akan membawakan slot kad-SIM seperti terdapat pada telefon biasa, serta akan membawakan skrin yang amat berkualiti tinggi, serta akan membawakan kamera hadapan untuk panggilan video, dan juga kamera belakang untuk merakamkan gambar dan video dengan mudah. Saiz skrinnya tidak diketahui, namun ianya diperkatakan adalah luas, dan kami menjangkakannya sekitar 4-inch.

Selain daripada itu, telefon Android daripada YTL Communications ini juga akan membawakan sebuah aplikasi khas daripada pihak Yes sendiri untuk membuat panggilan video kepada lebih daripada tiga orang pada suatu masa. Yes Life untuk Android juga dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Say what: TSFY just mentioned that Yes Android smartphone coming in august…?! #yeslifeiosless than a minute ago via Twitter for iPad Favorite Retweet Reply

Komen