Cari @ Amanz

Dengan pelbagai berita demi berita kedengaran berkenaan halaman Facebook yang digodam dan diceroboh oleh pihak ketiga, kini Facebook sendiri telah mempertingkatkan lapisan sekuritinya, dengan memperkenalkan pengesahan untuk log masuk, yang mana menggunakan sistem faktor pengesahan dua kali sebelum anda dapat akses ke Facebook.

Kotak dialog untuk pengesahan untuk log masuk ini akan diperlihatkan sekiranya para pengguna log masuk ke Facebook menggunakan peranti yang tidak pernah digunakan sebelum ini, dimana ianya akan meminta anda untuk memasukkan kod sekuriti khas yang akan dihantarkan kepada telefon bimbit anda terlebih dahulu.

Sebaik sahaja anda memasukkan kod sekuriti tersebut, anda akan diberikan pilihan untuk menambah peranti yang digunakan itu, samaada komputer, notebook, mahupun telefon pintar kepada akaun anda, supaya anda tidak melihatnya pada masa depan, ketika menggunakan peranti serupa.

Selain daripada itu, dengan menambah sesuatu peranti itu kepada yang disahkan oleh para pengguna Facebook juga akan memudahkan pada masa hadapan sekiranya seseorang pengguna itu ingin mendapatkan akses kembali kepada akaun mereka, sekiranya terlupa kata laluan dan sebagainya.

Para pengguna yang berminat boleh mengaktifkan fungsi ini melalui halaman tetapan mereka, di bahagian “Account Security” dibawah “Login Approvals”.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd