Aplikasi Twitter Untuk Mac Diperkemaskini

Aplikasi Twitter Untuk Mac Diperkemaskini

Diterbitkan pada Mei 13, 2011 oleh .

Setelah melancarkan aplikasi rasmi Twitter untuk para pengguna Mac OS X pada awal tahun yang lalu, kini pihak Twitter telah pun memperkemaskini aplikasi tersebut dengan menambah pelbagai fungsi-fungsi baru sekaligus menjadikannya lebih menarik dan interaktif berbanding sebelumnya.

Melalui kemaskini terbaru yang diperkenalkan ini, salah satu perkara baru adalah sokongan memperlihatkan lebih daripada satu latar masa melalui beberapa tetingkap pasa waktu yang sama. Ianya membolehkan para pengguna untuk melihat halaman utama, @mentions, Twitter List, dan banyak lagi dengan mudah dan hanya dengan membuka sebuah tetingkap yang baru, dan anda tidak lagi akan telepas Tweet seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, salah satu sokongan yang dinantikan, iaitu kebolehan untuk auto-complete nama pengguna dan juga hashtag kini turut diperkenalkan pada Twitter untuk Mac membolehkan para penggunannya Tweet dengan lebih pantas lagi.

Beberapa perubahan lain yang dibawakan termasuklah sebuah bar khas untuk anda navigasi antara halaman dengan mudah, serta sebuah butang Tweet dibahagian penjuru kiri bawah, membolehkan anda menghantar tweet baru dengan lebih pantas dan mudah lagi. Rekabentuk halaman DM juga telah diperkemaskini, memudahkan para pengguna mengikuti sesuatu mesej.

Bagi para pengguna Mac, anda boleh memuat-turun aplikasi Twitter untuk Mac ini secara terus melalui Mac App Store, dan mula menggunakan aplikasi rasmi Twitter ini pada Mac OS X anda.


TIPS & ULASAN