Yes Life Bakal Menyokong Panggilan Video Tidak Lama Lagi?

Yes Life Bakal Menyokong Panggilan Video Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Mei 13, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada kebolehan untuk membuat panggilan dan menghantar SMS, Yes Life daripada penyedia telekomunikasi Yes4G kelak akan turut sama memperkenalkan sokongan panggilan video kepada umum tidak lama lagi. Ianya diperkatakan yang mana fungsi ini akan diperkenalkan untuk PC dan Mac OS X terlebih dahulu sebelum pada versi iOS dan lain-lain.

Sebelum ini sendiri, Yes telah memperkatakan yang mana mereka akan memperkenalkan peranti Android mereka bersama-sama dengan sokongan untuk panggilan video untuk sehingga 3 orang pada suatu masa yang sama. Namun begitu, ianya tidak dapat dipastikan lagi samaada ianya akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada produk Yes Life itu sendiri atau secara berasingan.

Sekiranya ianya merupakan sebahagian daripada Yes Life, mungkinkah pengguna Android akan menerima fungsi panggilan video melalui Yes Life terlebih dahulu sebelum para pengguna iOS dan lain-lain?

Yes4G telah pun melancarkan aplikasi Yes Life kepada Windows dan juga Mac OS pada tahun lepas, dan semalam telah melancarkannya untuk para pengguna peranti iOS, sekaligus membawakannya kepada para pengguna peranti mudah-alih. Versi Android dan BlackBerry juga dijangka akan menyusul tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN