Seperti sedia maklum, sebelum ini Maxis telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan HTC Flyer pada harga serendah RM199 dan bakal mengumumkan pakejnya pada 12 Mei, iaitu semalam. Namun begitu, masih tiada sebarang pengumuman berkenaan dengannya sehinggalah ketika artikel ini ditulis.
Sebelum ini, ketika pelancaran HTC Flyer bersama-sama dengan HTC Desire S, Maxis telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan tablet Android pertama daripada HTC itu pada harga serendah RM199. Buat masa ini, harga pasaran untuk HTC Flyer adalah RM2499 tanpa sebarang pelan dan perjanjian.
Menurut beberapa sumber daripada Maxis, ianya diperkatakan yang mana pelan dan pakejnya sudah pun tersedia, dan ianya akan diumumkan dalam sedikit masa sahaja lagi. Namun begitu, masih tidak diketahui mengapakah ianya ditangguhkan tanpa sebarang pengumuman sehingga hari ini.
Selain daripada HTC Flyer, baru-baru ini, Maxis telah menambah Motorola Xoom dan juga Dell Streak 5 dibawah peranti-peranti berbentuk tablet yang ditawarkan oleh mereka.
Kemaskini : Maxis mengatakan yang mana perkara ini adalah disebabkan oleh pengumuman penangguhan penghantaran global daripada pihak HTC. Maklumat lanjut mengenainya akan dikemaskini sebelum penghujung bulan Mei ini di halaman rasmi Maxis. (Info Lanjut)
Maxis customers will be soon be able to purchase the htc flyer from rm199. More deets on 12May #MaxisHTC