Kini, Apple telah pun memohon untuk suatu paten hak cipta yang baru, iaitu untuk suatu sistem aplikasi yang membolehkan teks diubah kepada suara dan sebaliknya pada iPhone. Ianya diperkatakan yang mana melalui fungsi ini, ianya kelak akan membolehkan para pengguna berkomunikasi dipelbagai lokasi, termasuk didalam mesyuarat.
Google sendiri telah memperkenalkan fungsi seumpamanya pada Google Translate dan beberapa perkara lain, dimana turut sama memperlihatkan yang mana berkemungkinan besar fungsi seumpamanya akan diperkenalkan dipelbagai platform pada masa depan kelak.
Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui bagaimana ianya akan mengubah SMS dan sebagainya, memandangkan ianya akan mengambil sedikit masa untuk membalas sesuatu panggilan dalam bentuk teks dan sebagainya. Namun begitu, sama-sama kita nantikannya.