Cari @ Amanz

Pada awal minggu ini, seperti sedia maklum, halaman Facebook HotFM telah pun digodam dan diceroboh oleh salah seorang yang mengelarkan diri beliau sebagai Jack Sparrow. Kini, ianya kelihatan yang mana halaman tersebut telah pun hilang, selain mana kini dilihat akaun Twitter HotFM aktif sepenuhnya, dengan mereka aktif membalas tweet dari peminat.

Halaman Facebook
Halaman Facebook HotFM kini tinggal sejarah?

Ianya tidak diketahui mengapakah halaman tersebut hilang, ataupun adakah dipadam oleh pengodam tersebut. Sebelum ini, ianya dimaklumkan yang mana halaman tersebut telah berjaya digodam dengan berkongsi talian WiFi yang sama, namun tidak dapat dipastikan sepenuhnya berkenaan perkara tersebut. Ketika itu, mereka yang telah Like halaman tersebut mencecah lebih daripada 700 ribu orang, menghampiri angka 800 ribu.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui samaada mereka akan memperkenalkan halaman Facebook yang baru ataupun hanya akan memfokuskan pada Twitter sahaja selepas ini.

uolsss… FB Hot FM dah kena hack. :( camne pon makaceh laa sbb terus mnyokong…less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd