Cari @ Amanz

Setelah hampir sehari tidak boleh diakses, kini halaman utama Blogger sudah pun aktif kembali, membolehkan para penggunanya akses dashboard, dan mengemaskini blog mereka seperti biasa. Namun begitu, salah satu perkara yang amat mendukacitakan adalah dimana beberapa pengguna melaporkan yang mana terdapat entri dan komen mereka yang hilang.

Sebelum ini, Google telah pun memperkatakan yang mana mereka telah pun mengembalikan semula artikel dan komen yang hilang sebelum ini, namun ianya tidak diketahui mengapakah perkara ini kembali semula. Buat masa ini, Google masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.

Kemaskini : Google telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd