Cari @ Amanz

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini pihak FeedGeorge telah pun melancarkan plugin khas geolokasi mereka khas kepada para pengguna WordPress, membolehkan para pengguna WordPress tag artikel mereka dengan tag geolokasi, sekaligus menyertakannya pada direktori FeedGeorge dengan mudah.

Buat masa ini, FeedGeorge hanya menyokong pengguna di Malaysia sahaja, dimana pelbagai perkara menarik boleh ditambah pada blog-blog dan artikel WordPress mereka melalui plugin tersebut. Pemilik blog juga turut sama boleh memperlihatkan artikel-artikel yang ditag dengan lokasi-lokasi berdekatan dengan mereka pada bahagian tepi blog mereka dengan mudah.

Para pengguna WordPress yang berminat boleh memuat-turunnya daripada halaman rasmi FeedGeorge, dan bagi yang tidak mempunyai blog, turut sama boleh mendaftarkan blog percuma dihalaman FeedGeorge, dan mula tag artikel anda dengan tag geolokasi dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd