P1 Mensasarkan 450,000 Orang Pelanggan Pada Penghujung Tahun Ini

P1 Mensasarkan 450,000 Orang Pelanggan Pada Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Mei 14, 2011 oleh .

Pada Januari yang lepas, P1 telah pun mengumumkan yang mana mereka telah mempunyai lebih 280,000 orang pengguna. Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan angka penggunanya sekarang, kami menjangkakannya telah melangkaui 300,000 orang. Mengikut perancangan P1, mereka mensasarkan untuk mencapai lebih 450,000 orang pelanggan menjelang penghujung tahun ini.

Sebelum ini, P1 turut sama telah mensasarkan untuk mencapai lebih 53% kawasan liputan untuk tahun ini, sebelum mencapai angka sasaran 65% pada penghujung tahun hadapan. Mungkin ini serba sebanyak turut sama akan menyumbang kepada penambahan angka pengguna mereka, tambahan lagi kini mereka dalam proses menguji rangkaian LTE.

Menurut P1, buat masa ini, lebih 76% pengguna mereka adalah pengguna dirumah, manakala selebihnya, 24% adalah pengguna yang menggunakan rangkaian P1 diluar rumah melalui Wiggy dan sebagainya. Tahun ini juga, P1 dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru untuk para pengguna mereka, yang mana menyediakan nilai tambah serta menyediakan rangkaian yang lebih pantas dan stabil lagi.


TIPS & ULASAN