iPhone Seterusnya Mungkin Adalah iPhone “4S”?

iPhone Seterusnya Mungkin Adalah iPhone “4S”?

Diterbitkan pada Mei 14, 2011 oleh .

Sebelum ini beberapa informasi berkaitan iPhone generasi akan datang telah pun kedengaran, dengan beberapanya memperkatakan yang mana ianya akan tiba sekitar bulan September kelak. Melalui laporan daripada para penganalisa, kini ianya diperkatakan iPhone generasi akan datang mungkin akan dikenali sebagai “iPhone 4S” dan bukannya iPhone 5.

Ianya diperkatakan yang mana iPhone generasi akan datang kelak hanya akan membawakan perubahan yang minimum dari segi rekabentuknya, dan dijangka akan membawakan kamera yang lebih bagus lagi, serta cip pemprosesan A5 dwi-teras, serta sokongan HSPA+.

Ianya juga diperkatakan yang mana disebabkan cip 4G tidak sedia sepenuhnya, Apple akan memperkenalkan beberapa kemaskini minor, dan mungkin akan menamakannya sebagai iPhone “4S”. Namun begitu, Apple seperti biasa tidak memberikan sebarang komen untuk laporan ini.


TIPS & ULASAN