Pengguna Berdaftar FourSquare Melangkaui 9.3 Juta Orang

Pengguna Berdaftar FourSquare Melangkaui 9.3 Juta Orang

Diterbitkan pada Mei 14, 2011 oleh .

Setelah mencapai lebih daripada 8 juta pengguna pada penghujung bulan Mac yang lalu, hari ini FourSquare telah pun mengumumkan yang mana mereka telah pun mencapai suatu pencapaian yang serba baru, iaitu kini FourSquare mempunyai lebih 9.3 juta pengguna berdaftar, sekaligus memperlihatkan perkembangan perkhidmatan geolokasi itu.

Sebelum ini, pada awal April, ianya diketahui yang mana para pengguna FourSquare tempatan yang berdaftar telah pun melangkaui angka 136,000 orang, dan berkembang dari hari ke hari.

Selain FourSquare, antara perkhidmatan sosial geolokasi yang popular dikalangan tempatan adalah termasuk Facebook Places dan juga Gowalla. Selain daripada itu, baru-baru ini, salah satu perkhidmatan geolokasi tempatan turut sama dilancarkan, dikenali sebagai Yezzar!.

Kemaskini : Pembangun FourSquare telah pun membetulkan perkara ini, dimana buat masa ini, pengguna FourSquare telah pun mencapai sekitar 9.3 juta, dan bakal melangkaui angka 10 juta tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN