Pusat Data Terbesar Negara Bakal Dibina Di Negeri Sembilan

Pusat Data Terbesar Negara Bakal Dibina Di Negeri Sembilan

Diterbitkan pada Mei 15, 2011 oleh .

Nampaknya, tidak lama lagi pusat data terbesar di Asia akan dibuka di Malaysia, atau lebih tepat lagi di Bandar Enstek Technology Park di Negeri Sembilan, bersaiz 120,000 kaki persegi, dan akan dibangunkan oleh Teliti International.

Ianya diperkatakan yang mana pusat data tersebut direkabentuk untuk menggunakan tenaga yang amat minima, dan juga mengamalkan teknologi hijau, dan membawakan impak yang amat rendah kepada persekitaran. Pusat data terbabit juga dijangka akan menggunakan pelbagai teknologi menarik, dan memastikan ianya beroperasi dengan stabil sepanjang masa.

Dan salah satu perkara menarik yang dikaitkan dengan pusat data baru ini adalah dimana ianya diperkatakan hampir 40% ruangan pada pusat data tersebut telah pun ditempah oleh syarikat multi-nasional buat masa ini, sekaligus membawakan ura-ura memperkatakan yang mana mungkin Google juga merupakan salah satu syarikat yang terlibat sama.

Mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa nama besar turut sama menempatkan pusat data mereka disana kelak apabila ianya dilancarkan. Buat masa ini, tarikh ianya akan siap masih tidak diketahui, namun semestinya ianya akan membawakan kesan yang positif pada industri ICT tempatan.


TIPS & ULASAN