Cari @ Amanz

Dengan pelbagai ura-ura kedengaran berkaitan iPhone generasi akan datang, kini pada laman AliBaba.com, munculnya sebuah case baru untuk iPhone yang dinamakan sebagai aksesori tambahan untuk iPhone 5G. Menariknya adalah ianya turut sama memperlihatkan bukan sahaja skrin yang lebih luas, tetapi skrin sentuh dari bucu-ke-bucu.

Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui samaada perkara ini benar ataupun tidak, dan dikategorikan sebagai ura-ura sahaja buat masa ini. Selain daripada memperlihatkan skrin luas dari bucu-ke-bucu, gambaran pada halaman tersebut juga turut memperlihatkan yang mana lampu flash untuk kamera diletakkan dibucu kanan, dan berbeza dengan keadaan sekarang ini.

iPhone generasi kelima dijangka akan tiba sekitar bulan September kelak, dan sebelum ini ianya telah diperkatakan yang mana iPhone seterusnya mungkin akan hanya membawakan sedikit kemaskini berbanding iPhone 4 sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd