Pembelian Aplikasi Berbayar Di Android Market Kini Menyokong Pengguna Tempatan

Pembelian Aplikasi Berbayar Di Android Market Kini Menyokong Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Mei 15, 2011 oleh .

Setelah Google mengumumkan sokongan pembelian Android Market pada Google I/O minggu lepas, kini beberapa orang pengguna sudah pun mula dapat membeli aplikasi Android di Malaysia dengan mudah, tanpa perlu menggunakan sebarang aplikasi pihak ketiga seperti sebelumnya.

Seperti sedia maklum, sebelum ini, Google telah menambah lebih 99 negara baru kepada negara yang boleh membeli aplikasi berbayar dengan mudah. Selain daripada pengumuman tersebut, Google turut sama memperkemaskini Android Market Web mereka dengan beberapa perkara baru, menjadikannya lebih relevan dan menarik lagi.

Buat masa ini, mungkin belum semua pengguna sudah dapat membelinya, namun ianya dijangka akan menyokong semua pengguna tempatan menjelang penghujung minggu ini kelak.


TIPS & ULASAN