Cari @ Amanz

Setelah mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Facebook pada tahun lepas, kini Microsoft dijangka akan memperkenalkan fungsi sosial pada enjin carian mereka dalam tempoh minggu ini. Ianya diperkatakan yang mana data-data daripada Facebook Like akan mula diperlihatkan pada enjin carian Bing bermula hari Selasa ini.

Selain menjadikan enjin carian lebih sosial dan memenuhi citarasa para pengguna, ianya juga turut sama diperkatakan akan menghasilkan carian yang lebih relevan berbanding sebelumnya. Bing kini menduduki taktha enjin carian nombor dua dunia, dibelakang Google.

Google sendiri mempunyai fungsi yang lebih kurang serupa, memperlihatkan keputusan daripada Twitter, selain pada masa yang sama turut mengintegrasikan fungsi sosial pada carian mereka melalui butang +1 yang diperkenalkan sebelum ini. Butang +1 ini juga dijangka akan diperkenalkan pada semua pembangun web tidak lama lagi, membawakan impaknya yang lebih meluas lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd