Nokia Maps Akan Diintegrasikan Pada Bing Maps?

Nokia Maps Akan Diintegrasikan Pada Bing Maps?

Diterbitkan pada Mei 16, 2011 oleh .

Nampaknya mungkin kerjasama Microsoft dan Nokia bukan sahaja pada platform peranti mudah-alih sahaja, dan lebih daripada itu, apabila kini ianya dilaporkan yang mana berkemungkinan besar Ovi Maps milik Nokia akan menjadi salah satu tulang belakang utama untuk Bing Maps daripada Microsoft tidak lama lagi.

Seperti sedia maklum, Ovi Maps merupakan salah satu aplikasi peta dan navigasi yang amat bagus sekali berbanding dengan pencabar-pencabarnya yang lain, dan sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Windows Phone daripada Nokia kelak akan turut sama mengintegrasikan Ovi Maps padanya.

Setahap lebih kehadapan lagi, Ovi Maps ataupun Nokia Maps ini dijangka akan menjadi sebahagian daripada teras utama dalam perkhidmatan peta dan navigasi daripada Microsoft. Ianya diperkatakan yang mana kelak Nokia Maps ini akan diintegrasikan pada beberapa perkhidmatan Microsoft, termasuk enjin carian Bing, serta menyediakan beberapa perkhidmatan nilai tambah, termasuk perkhidmatan geolokasi, dan sebagainya.

Dan sekiranya ianya terjadi, berkemungkinan besar laman rangkaian sosial terkemuka dunia, Facebook juga akan mula menggunakan sebahagian daripada teknologi Nokia dalam perkhidmatan Facebook Places dan lain-lain memandangkan kini mereka menggunakan Bing Maps padanya. Selain daripada itu, RIM juga akan menerima kesannya, dan perkhidmatan peta yang lebih bagus mungkin akan diperkenalkan pada BlackBerry.


TIPS & ULASAN