Perkhidmatan Ovi Akan Dijenamakan Semula Kepada Perkhidmatan Nokia

Perkhidmatan Ovi Akan Dijenamakan Semula Kepada Perkhidmatan Nokia

Diterbitkan pada Mei 16, 2011 oleh .

Nampaknya kini Nokia akan mula menjenamakan semula kesemua perkhidmatan dibawah nama Ovi kepada nama Nokia kembali, dan ianya dijangka akan dimulakan secara berperingkat, bermula daripada peranti-peranti baru mereka yang dijangka akan diperkenalkan pada bulan Julai dan Ogos tahun ini.

Ianya dijangka yang mana penjenamaan semula Ovi kepada Nokia ini akan mengambil masa yang agak lama, dan dijangka akan selesai sepenuhnya sekitar tahun 2012 kelak, dimana semua perkhidmatan dibawah nama Ovi akan dijenamakan semula kepada Nokia. Para pengguna sedia ada dijangka akan menerima kemaskini mungkin dalam masa beberapa bulan lagi melalui kemaskini perisian Nokia mereka.


TIPS & ULASAN