Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Akamai baru-baru ini, ianya memperlihatkan yang mana sepanjang tahun lepas, Malaysia telah menduduki tangga ke-105 di dunia daripada terma kelajuan internet global, dimana di Malaysia ianya dilaporkan yang mana para pengguna mendapat kelajuan purata sekitar 1.3Mbps.
Laporan Dari Akamai [via]
Walaubagaimanapun, angka ini dijangka akan berubah pada tahun ini, dengan lebih banyak syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, namun begitu, tidak ketinggalan juga syarikat-syarikat global yang turut sama mempertingkatkan kelajuan internet mereka.
Selain daripada itu, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Akamai, ianya memperlihatkan Korea Selatan kekal ditangga pertama dengan kelajuan sekitar 13.7Mbps, Hong Kong ditangga kedua dengan kelajuan sekitar 9.4Mbps. Dua negara jiran Malaysia turut sama dilihat menyediakan internet berkelajuan tinggi, iaitu Singapura ditangga ke 45 dengan kelajuan sekitar 3.1Mbps, dan juga Thailand ditangga ke-56 dengan kelajuan sekitar 2.7Mbps.