TM Mengemas-Kini Infrastruktur Dari 16 Hingga 31 Mei

TM Mengemas-Kini Infrastruktur Dari 16 Hingga 31 Mei

Diterbitkan pada Mei 16, 2011 oleh .

Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan memulakan penaik-tarafan rangkaian mereka dalam membawakan pelbagai perkara baru kepada para pelanggan mereka. Penaik-tarafan ini dijangka akan berlangsung daripada 16 Mei hingga 31 Mei kelak, dan meliputi pelbagai perkara, daripada talian suara mereka kepada rangkaian internet.

TM telah menyediakan sebuah jadual ringkas berkenaan dengan kawasan-kawasan yang terlibat dalam penaik-tarafan ini, dan berkemungkinan besar terdapat sedikit gangguan pada kawasan yang terlibat pada tarikh-tarikh tersebut, namun langkah-langkah sepatutunya telah pun diambil oleh TM.

Untuk makluman lanjut, para pengguna boleh merujuk kepada jadual penaik-tarafan infrastruktur oleh TM, ataupun hubungi pihak TM terus untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN