Setelah halaman Facebook OhMedia Network digodam pada tempoh hari, kini salah satu halaman Facebook dibawah mereka, iaitu Facebook Oh! MediaFM digodam Jack Sparrow. Secara rambangnya ianya dilihat pengodam menggunakan nama serupa dengan nama pengodam disebalik HotFM tempoh hari, namun mereka daripada kumpulan pengodam yang berbeza.
Buat masa ini, bagaimana halaman Facebook Oh!Media FM ini digodam masih lagi tidak diketahui, dan sehingga artikel ini ditulis, halaman tersebut masih lagi belum dipulihkan seperti asal.