Tiada Sokongan NFC Pada iPhone Baru Tahun Ini?

Tiada Sokongan NFC Pada iPhone Baru Tahun Ini?

Diterbitkan pada Mei 17, 2011 oleh .

Walaupun beberapa peranti mudah-alih yang baru telah mula mengintegrasikan fungsi NFC padanya, kini beberapa laporan memperkatakan yang mana iPhone generasi akan datang kelak tidak akan mengintegrasikan sokongan NFC padanya seperti mana yang diura-urakan sebelum ini.

Seperti sedia maklum, NFC ataupun nama panjangnya Near-Field Communication membolehkan peranti-peranti seperti telefon pintar dan peranti lain berkomunikasi ataupun bertukar-tukar data dengan hanya menggunakan gelombang jarak dekat sahaja. Menariknya adalah ianya tidak perlu melalui pelbagai proses yang menyusahkan, sekaligus memudahkan ianya digunakan untuk pelbagai perkara, seperti pendaftaran sesuatu acara, pembayaran, bermain permainan dan sebagainya.

Sebelum ini, Nexus S daripada Google dan Samsung telah pun mengintegrasikan fungsi ini, selain mana RIM turut sama dijangka akan memperkenalkan generasi baru peranti BlackBerry mereka untuk tahun ini dengan sokongan NFC. Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Apple akan memperkenalkan fungsi NFC pada peranti mereka.


TIPS & ULASAN