Microsoft Memperlihatkan Beberapa Fungsi Baru Windows Phone 7.5 Mango

Microsoft Memperlihatkan Beberapa Fungsi Baru Windows Phone 7.5 Mango

Diterbitkan pada Mei 17, 2011 oleh .

Nampaknya, Microsoft bukan sahaja menumpukan pengguna harian biasa, tetapi juga turut mensasarkan para pengguna perniagaan dalam menggunakan peranti Windows Phone mereka. Kini, Microsoft telah pun memperlihatkan beberapa fungsi baru yang ditumpukan kepada para pengguna perniagaan yang mana bakal diperkenalkan pada Windows Phone 7.5 kelak pada penghujung tahun ini.

Salah satu fungsi yang menarik bakal dibawakan kepada para pengguna melalui Windows Phone 7.5 Mango kelak adalah kebolehan untuk melihat emel dalam paparan perhubungan secara tersusun sama seperti SMS dan mesej lain-lain, sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengikuti sesuatu emel dan membalasnya dengan mudah.

Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan kebolehan untuk membuat carian pada pelayan emel untuk mencari emel-emel lama, sekaligus memberikan akses penuh kepada kesemua emel anda terus dari peranti Windows Phone anda. Sokongan sekuriti dan WiFi juga dipertingkatkan pada Windows Phone 7.5 kelak.

Windows Phone 7.5 ataupun yang mana dikenali dengan nama kod Mango buat masa ini dijangka akan diperkenalkan kepada kesemua pengguna global pada penghujung tahun ini, dimana ianya dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru padanya. Microsoft dijangka akan mengumumkan sebahagian daripada fungsi-fungsi baru ini pada 24 Mei ini.


TIPS & ULASAN