Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini Microsoft telah pun memperkenalkan fungsi baru pada enjin carian Bing mereka, iaitu pengintegrasian fungsi-fungsi sosial terus daripada Facebook, sekaligus menjadikan setiap carian penggunanya turut sama diperlihatkan bersama-sama dengan cadangan daripada rakan-rakan mereka.
Untuk menjayakan fungsi ini, Microsoft bukan sahaja memperlihatkan keputusan yang berkait dengan rakan-rakan seseorang itu, tetapi turut sama memperlihatkan cadangan sosial daripada seluruh pengguna global, sekaligus menjadikan setiap keputusan carian itu lebih relevan dan menarik lagi.
Pada masa yang sama, Microsoft juga turut sama memperkenalkan Bing Bar yang serba baru pada hari ini, yang mana turut mengintegrasikan fungsi Facebook Like, membolehkan para pengguna “Like” pada sebarang halaman web pada internet ini.