Eksklusif : TM Bakal Memperkenalkan Google Maps Untuk Perniagaan

Eksklusif : TM Bakal Memperkenalkan Google Maps Untuk Perniagaan

Diterbitkan pada Mei 17, 2011 oleh .

Kini, kami mendengar daripada beberapa sumber memperkatakan yang mana Telekom Malaysia bakal melancarkan perkhidmatan pemetaan atas talian seumpama Google Maps mereka sendiri tidak lama lagi, yang mana akan memfokuskan para pengguna perniagaan. Ianya dijangka yang mana perkhidmatan ini kelak akan dikenali sebagai BizMap, dan menggunakan domain BizMap.com.my.

Buat masa ini, info berkaitan perkhidmatan baru daripada Telekom Malaysia ini masih samar-samar lagi. Namun begitu, menurut beberapa sumber, ianya bakal mengabungkan kerjasama Telekom Malaysia bersama-sama dengan pihak Jabatan Perangkaan Negara, sekaligus memberikan data yang lebih tepat mengenai sesuatu kawasan ataupun penduduk disekitarnya melalui suatu peta yang menarik kepada para pengguna perniagaan, dan mungkin juga akan dikenakan sebuah caj untuk para pengguna perniagaan untuk mengakses beberapa data tambahan.

Perkara ini kami masih lagi belum mengesahkannya dengan pihak TM. Namun begitu, memandangkan TM telah pun memegang nama domain BizMap.com.my dan juga BizMap.my, mungkin perkhidmatan ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN