Apple Bakal Memperkenalkan Sesuatu Pada Penghujung Minggu Ini?

Apple Bakal Memperkenalkan Sesuatu Pada Penghujung Minggu Ini?

Diterbitkan pada Mei 17, 2011 oleh .

Menurut beberapa laporan, Apple bersempena dengan ulang-tahun ke-10 pembukaan kedai runcit Apple mereka, dijangka akan membuat sedikit kejutan, dan berkemungkinan besar akan melancarkan sebuah produk khas pada tarikh 19 Mei ini, ataupun berkemungkinan pada penghujung minggu ini nanti.

Ianya diperkatakan yang mana beberapa kedai Apple telah pun menerima perkakasan yang perlu dipasang bersempena dengan hari tersebut, dan lebih banyak perkakasan dijangka akan dihantar sekitar hari Jumaat ini atau Sabtu. Buat masa ini, ianya masih lagi menjadi tanda tanya apakah yang bakal diperkenalkan oleh Apple ini.

Apple sebelum ini, dijangka akan memperkenalkan dua produk utama mereka, Mac OS X Lion dan juga iPhone 5. Namun begitu kedua-dua produk tersebut dijangka tidak akan diperlihatkan sehinggalah WWDC kelak. Jadi, ianya masih kekal menjadi tanda tanya, apakah yang bakal diperkenalkan oleh Apple ini, ataupun ianya hanyalah sekadar ura-ura biasa sahaja.


TIPS & ULASAN