Cari @ Amanz

Setelah dinantikan sekian lama, hari ini Google telah pun mengemaskini sistem operasi mereka kepada saluran beta, membawakan Chrome OS R12, ataupun yang mana dikenali sebagai Chrome 12. Ianya telah pun dalam versi pembangunan untuk beberapa minggu sebelum ini, dan kini ianya telah pun memasuki versi beta pertama, sebelum ianya dijadikan versi stabil dalam masa beberapa minggu lagi.

Sebelum ini, pada Google I/O tempoh hari, Google telah pun mengumumkan yang mana Chromebook pertama daripada mereka akan mula dijual sekitar 15 Jun kelak. Jadi berkemungkinan besar, kita akan dapat melihat versi stabil Chrome OS yang pertama dalam tempoh kurang daripada sebulan lagi.

Secara ringkasnya, Chrome OS 12 membawakan kesemua fungsi-fungsi yang dibawakan oleh pelayar web Chrome 12 namun dengan beberapa nilai dan fungsi tambah, termasuk tetingkap pengurusan fail yang baru, rekabentuk dan antaramuka yang diberikan nafas baru, pemain Flash baru, penambah-baikkan daripada pelbagai segi termasuk penggunaan tenaga dan prestasi, peningkatan optimasi panggilan video melalui GTalk dan beberapa perkara lagi.

Buat masa ini, Google masih lagi mengeluarkan versi Chrome OS ini kepada umum untuk mencubanya pada komputer mereka. Namun bagi pengguna sedia ada Chrome OS, seperti pengguna CR-48, mereka boleh mengemaskininya dengan mudah dan menikmati pelbagai perkara baru yang dibawakan olehnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd