Carian
Halaman Facebook Linda Onn Dan Heliza Helmi Turut Diceroboh
May 17, 2011 Aman

Nampaknya, satu demi satu halaman Facebook beberapa jenama terkemuka dan juga artis mula menjadi sasaran akhir-akhir ini. Terkini adalah halaman Facebook OhMediaFM telah diceroboh pada malam semalam, dan kini ianya dilihat yang mana halaman Facebook Linda Onn dan Heliza Helmi turut menjadi mangsa.

Ketika artikel ini ditulis, halaman Facebook Linda Onn mempunyai lebih kurang 102,216 pengguna, manakala halaman Facebook Heliza Helmi mempunyai sekitar 10,018 pengguna. Buat masa ini, ianya tidak pasti bagaimanakah halaman Facebook kedua-dua artis tersebut berjaya diambil-alih, dan berkemungkinan besar ianya menggunakan kaedah melalui WiFi seperti beberapa halaman sebelum ini, namun perkara ini tidak disahkan buat masa ini.

Komen