Paparan Skrin Aplikasi Moorea Pada Office 15 Kelihatan

Paparan Skrin Aplikasi Moorea Pada Office 15 Kelihatan

Diterbitkan pada Mei 17, 2011 oleh .

Setelah diperkatakan sebelum ini mengenai suatu aplikasi baru pada Microsoft Office generasi akan datang, yang mana dikenali dengan nama Moorea, kini beberapa paparan skrin baru Moorea mula kelihatan, sekaligus memperlihatkan bagaimanakah ianya akan berfungsi secara kasar kepada para pengguna.

Aplikasi Moorea ini membawakan slogan mengatakan yang mana ianya merupakan salah satu aplikasi yang anda perlukan untuk semua perkara dalam membangunkan sesebuah dokumen. Seperti yang dapat dilihat, ianya membolehkan para pengguna menyertakan gambar, dokumen dan teks pada satu aplikasi dan halaman yang sama dalam persembahan yang menarik sekali.

Sehingga kini, Microsoft masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan Moorea ini. Buat masa ini, Moorea dijangka akan dilepaskan sebagai sebahagian daripada perkara baru pada Office 15 kelak, yang mana mungkin dilancarkan sekitar 2013 kelak. Mungkin lebih banyak maklumat akan didapati apabila tarikh pelancarannya semakin menghampiri kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN