Selain daripada halaman-halaman Facebook, nampaknya kumpulan RileksCrew turut sama melangkah kehadapan dengan mengodam beberapa laman-laman lain, termasuk salah-satunya adalah laman web Pemandu.gov.my. Dengan mengodamnya, pihak RileksCrew meletakkan beberapa mesej, termasuk ucapan Selamat Hari Guru padanya.
Ianya tidak diketahui bagaimanakah mereka berjaya menceroboh halaman web tersebut, namun mereka meminta pihak pentadbirnya supaya patch akan pelayan mereka. Secara rambangnya, ianya dapat dilihat yang mana halaman Pemandu.gov.my menggunakan WorPress untuk menjana laman web mereka, namun tidak dikemaskini kepada versi yang baru. Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui samaada adakah peluang tersebut telah diambil oleh pihak RileksCrew, ataupun sebaliknya.