Setelah tiada sebarang perubahan antaramuka pada pelayar web Chrome untuk beberapa versi, kini nampaknya Google Chrome 13 kelak akan membawakan beberapa perubahan daripada rekabentuk dan antaramukanya. Salah satu perkara yang dapat dilihat melalui versi pembangunan Chromium adalah fungsi navigasi yang lebih kompak lagi berbanding sebelumnya.
Melaluinya, tetingkap pelayar web Chromium dijadikan amat minimal, sekaligus menjadikan ruangan untuk melayari web lebih luas daripada pelbagai pelayar web yang lain. Untuk melihat URL sesuatu web, para pengguna perlu klik pada tabnya terlebih dahulu, dan baru dapat melihatnya berbanding sekarang ini yang kelihatan sepenuhnya.
Namun begitu, fungsi ini hanya diaktifkan sekiranya para pengguna memilih tetapan untuk menyembunyikan toolbar sahaja, dan secara asasnya, segala rekabentuk kelihatan seperti asal tanpa sebarang perubahan. Walaupun fungsi ini mungkin tidak begitu menarik untuk para pengguna desktop dan notebook, ianya mungkin akan serba sebanyak disukai oleh para pengguna tablet. Namun, ianya masih tidak diketahui bilakah versi tablet untuk Chrome akan diperkenalkan