Carian
Apple Mencadangkan Kad-SIM Yang Lebih Kecil Dari Mikro-SIM
May 18, 2011 Aman

Nampaknya pada masa hadapan kelak mungkin kita akan dapat melihat kad SIM yang lebih kecil daripada sekarang ini. Hari ini, ianya dilaporkan yang mana Apple baru-baru ini telah pun menghantar sebuah cadangan khas untuk membuat rekabentuk kad SIM yang lebih kecil daripada kad mikro-SIM yang digunakan pada beberapa peranti pada masa sekarang ini.

Sebelum ini, Apple telah memulakan penggunaan mikro-SIM pada iPhone 4 dan juga iPad 3G. Namun begitu, dengan rekabentuk yang semakin nipis dan lebih kecil lagi, Apple mencadangkan untuk sebuah kad-SIM yang lebih kecil direkabentuk. Jikalau semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat peranti menggunakan SIM serba baru ini pada tahun hadapan.

Sebelum ini, di Malaysia, Yes telah pun memperkenalkan solusi untuk tidak menggunakan sebarang kad SIM pada telefon Yes Buzz mereka, dan mungkinkah perkara seumpamanya menjadi salah satu solusi untuk perkara ini pada masa hadapan kelak? Sama-sama kita nantikannya.

Komen