Cari @ Amanz

Setelah mengodam dan menceroboh halaman Oh!Media FM di Facebook pada tempoh hari, kini nampaknya, pengodamnya telah pun memulangkan kembali halaman Facebook tersebut kepada pihak Oh! Media. Ianya juga turut sama membolehkan kedua-dua pihak berdamai, selain lebih banyak langkah penjagaan sekuriti diambil oleh semua pihak.

Ianya juga diurakan yang mana berkemungkinan beberapa halaman Facebook lain yang turut diceroboh oleh mereka baru-baru ini turut sama akan dipulangkan kembali kepada pemilik asalnya, tanpa sebarang perkara diganggu dan sebagainya.

Akhir-akhir ini, beberapa halaman Facebook telah digodam, dan diceroboh diperkatakan berpunca disebabkan oleh perkongsian WiFi yang serupa, dan sebagainya. Namun begitu hal ini masih tidak dapat disahkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd