Cari @ Amanz

Asus EeePad Transformer Dilancarkan Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Hari ini, pihak Asus Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan Asus Eee Pad Transformer, iaitu sebuah tablet khas daripada Asus, yang mana turut sama didatangkan dengan papan kekunci fizikal, membolehkan para penggunanya mengubahnya menjadi sebuah netbook dengan mudah dan pantas. Asus Eee Pad dijual pada harga bermula daripada RM1498 di Malaysia untuk tabletnya sahaja, dan RM1799 bersama-sama dengan papan kekuncinya.

Menurut pihak Asus Malaysia, Asus Eee Pad Transformer ini mempunyai jangka masa penggunaan bateri sehingga 16 jam, yang mana menariknya mengenai Eee Pad Transformer ini adalah dimana ianya turut sama didatangkan bersama-sama dengan slot USB. Kamera hadapan 1.2 megapixel membolehkan para pengguna membuat panggilan video, selain boleh merakamkan gambar dan video menggunakan kamera 5-megapixel dibelakangnya.

Selain daripada itu, Eee Pad Transformer turut sama didatangkan dengan sokongan HDMI, serta beberapa aplikasi tambahan untuk produktiviti. Tablet Android 3.0 ini juga berfungsi dengan bateri berasingan dengan papan kekuncinya, dimana anda boleh menggunakan papan kekuncinya fizikalnya untuk mengecas semula sekiranya bateri tablet anda habis digunakan.

Eee Pad Trasformer akan mula dijual di Malaysia bermula daripada dua minggu lagi.


Komen ()