Selain daripada pengiklanan berbentuk teks, 1tube juga turut sama kini menguji pengiklanan berbentuk video sebelum video sebenarnya dimainkan. Buat masa ini, pengiklanan video tersebut dimainkan secara rawak pada video-video yang tersenarai pada 1tube.
Namun begitu, berbeza dengan pengiklanan berbentuk teks yang boleh dipadam mahupun disembunyikan, pengiklanan berbentuk video yang diuji oleh mereka ini dilihat tidak boleh dipadam mahupun dilajukan, dan setiap penggunanya dimestikan untuk melihat video tersebut. Walaupun ianya dilihat sebagai salah satu perkara yang menarik untuk pengiklannya, para penggunanya mungkin tidak berapa menyukai perkara tersebut.
Buat masa ini, tiada pengiklan lagi yang mengiklankan produk mereka pada 1tube. Dan untuk pengiklanan video ini, ianya dilihat yang mana para pengiklan perlu berurusan secara terus dengan pihak 1tube, dan bukannya dengan pemilik video seperti pada iklan teks pada video yang turut sama diperkenalkan oleh 1tube baru-baru ini.