Cari @ Amanz

Windows Phone Mango Turut Membawakan Integrasi Facebook Message Dan SmartDJ

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan tarikh 24 Mei yang semakin dekat, satu-per-satu fungsi baru pada kemaskini Windows Phone “Mango” mula kelihatan dan diperkatakan. Selain daripada beberapa fungsi yang disasarkan untuk pengguna perniagaan, kini beberapa fungsi lain turut kelihatan, termasuk fungsi SmartDJ, sokongan mesej berkumpulan dan lain-lain lagi.

Nampaknya, selain daripada sokongan integrasi Windows Live Messenger, Windows Phone Mango juga turut sama dijangka akan turut mengintegrasikan Facebook Chat pada Messaging Hub, sekaligus menjadikan peranti anda lebih sosial, dan boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan maya anda dengan lebih pantas dan mudah lagi.

Para peminat muzik pula, semestinya dapat menikmati pelbagai perkara yang terdapat pada Zune sebelum ini, termasuk sokongan SmartDJ, yang mana membolehkan para pengguna Windows Phone menemui pelbagai perkara berkaitan muzik yang serba baru. Games Hub juga turut sama dijangka akan diberikan nafas baru padanya.

Selain daripada ini semua, sebelum ini ianya telah diperkatakan yang mana Windows Phone kelak turut sama akan mengintegrasikan beberapa perkara baru, termasuk Bing Audio, Bing Vision, serta sokongan navigasi padanya. Microsoft dijangka akan mengumumkan pelbagai perkara baru yang bakal didatangkan bersama-sama Windows Phone pada 24 Mei ini.


Komen ()