Cari @ Amanz

Setelah paparan antaramuka aplikasi Moorea pada Office 15 kelihatan, kini sebuah video pemasangan Office 15 versi pembangunan sudah pun mula kelihatan di YouTube, memperlihatkan cara pemasangannya, yang mana serba-sebanyak menyerupai Office 2010, dan mengambil masa sedikit lama, memandangkan ianya dirakamkan menggunakan sebuah netbook sahaja.

Walaubagaimanapun, memandangnya ianya masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan baru sahaja memasuki Office 15 Milestone 2, ianya mempunyai perjalanan yang jauh lagi sebelum beberapa perubahan drastik kelihatan. Logo Office 2010 dan beberapa grafik yang dipinjam dijangka akan kekal sehingga versi beta kelak, sama seperti apa Windows 8 yang menyerupai Windows 7.

Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum mengeluarkan kenyataan mengenai pelancaran Office 15 ini, namun ianya dijangka akan dilancarkan sekitar 2013, selepas Windows 8 dilancarkan kepada umum. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd