Nampaknya, hari ini kebanyakkan pengguna P1 menghadapi masalah untuk mengakses kebanyakkan laman-laman web antarabangsa, dan sebahagian daripada laman web tempatan. Ianya serba sebanyak mungkin berkaitan dengan masalah rangkaian mereka, yang mana mereka masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi buat masa ini.
Menurut pihak P1, mereka telah pun mengenal-pasti masalah ini, dan dalam proses menyelesaikannya. Namun begitu, mereka kekal memberikan khidmat pelanggan dengan pantas seperti biasa. Bagi para pengguna yang ingin melayari beberapa laman web yang tidak dapat diakses buat sementara waktu ini, anda boleh menggunakan proxy, ataupun boleh juga gunakan DNS Google untuk mengatasinya buat sementara waktu.
Kemaskini (8.00 pagi) : Perkhidmatan P1 telah pun kembali seperti sedia kala.