Opera 11.11 Membawakan Kemaskini Sekuriti Dan Kestabilan

Opera 11.11 Membawakan Kemaskini Sekuriti Dan Kestabilan

Diterbitkan pada Mei 18, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan pelayar web Opera 11.10 pada bulan April yang lepas, hari ini Opera Software telah pun mengeluarkan kemaskini sekuriti dan kestabilan pelayar web tersebut kepada umum, iaitu Opera 11.11. Para pengguna sedia ada Opera akan menerimanya melalui kemaskini automatik tidak lama lagi, ataupun mereka boleh mengemaskininya dengan lebih pantas secara manual.

Para pengguna Opera 11.10 sedia ada, boleh ke tab “Help” dan seterusnya memilih “Check for Updates” untuk mendapatkan kemaskini kepada pelayar web mereka, kerana berkemungkinan kemaskini automatik adalah sedikit lambat, memandangkan ianya tidak menyemak kemaskini pada setiap masa.

Selain daripada itu, sebelum ini, pihak Opera juga telah memulakan pembangunan pelayar web generasi akan datang mereka, iaitu Opera 11.50. Buat masa ini, para pengguna yang berminat mengujinya, boleh menggunakan Opera Next, dan menguji Opera 11.50 Alpha. Tarikh pasti pelancaran Opera 11.50 tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN