Cari @ Amanz

Twitter Memberikan Lebih Kawalan Kepada Para Pengguna

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau sebelum ini Twitter hanya memperlihatkan kebenaran samaada “Ya” ataupun “Tidak” sahaja apabila aplikasi pihak ketiga cuba mengakses akaun kita, bermula hari ini perkara tersebut telah berubah. Kini, Twitter memperlihatkan lebih banyak maklumat berkaitan apakah yang anda akan kongsikan, sekaligus membolehkan pengguna mengetahui apakah yang anda benarkan.

Dengan perkara ini, ianya juga turut sama membolehkan para pengguna mempunyai lebih banyak kawalan pada akaun mereka, dan ketahui secara dengan lebih lanjut berkaitan apakah kebenaran-kebenaran yang seseorang pengguna itu berikan kepada aplikasi pihak ketiga itu.

Selain daripada itu, Twitter juga akan mulakan kawalan kepada aplikasi=aplikasi yang dibenarkan mengakses fungsi Direct Message, sekaligus mengurangkan kadar spam yang berleluasa akhir-akhir ini. Pada masa yang sama, anda juga boleh melihat senarai aplikasi yang diberikan akses oleh anda melalui halaman khas pada akaun Twitter anda.


Komen ()