Cari @ Amanz

Setelah mengumumkan pada MIX11 yang lepas dimana Angry Birds bakal hadir ke Windows Phone sekitar 25 Mei, nampaknya perkara tersebut terpaksa ditangguhkan untuk sebulan lagi, dimana melalui sebuah artikel baru di blog rasmi Microsoft, mereka memperkatakan yang mana Angry Birds untuk Windows Phone 7 hanya akan hadir pada 29 Jun kelak.

Seperti diketahui, Angry Birds telah menjadi salah satu fenomena pada pengguna peranti mudah-alih, dimana ianya boleh didapati pada pelbagai platform utama pada hari ini. Dengan pelancaran untuk Windows Phone, ianya turut sama memperlihatkan yang mana Windows Phone turut sama telah menjadi salah satu platform utama pada masa kini.

Microsoft dijangka bakal mengumumkan beberapa perkara berkaitan Windows Phone Mango pada 24 Mei ini, yang mana dijangka akan membawakan sokongan multitasking yang ditambah-baik lagi, serta beberapa kelebihan untuk permainan seperti Angry Birds dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd