Menurut salah satu web yang mengkaji Twitter, TwopCharts, ianya memperkatakan yang mana Twitter kini telah pun melangkaui angka 300 juta pengguna berdaftar dengannya, sekaligus pada masa artikel ini ditulis memperlihatkan pendaftaran lebih 4 akaun baru setiap saat, dan bakal mencapai angka 302 juta tidak lama lagi.
Namun begitu, seperti sedia maklum, angka tersebut tidak memperlihatkan angka pengguna sebenar Twitter, memandangkan sebahagian daripadanya merupakan akaun-akaun bot, dan bukan semua penggunannya aktif menggunakan Twitter, dan hanya sekadar mendaftarnya, ataupun mengintegrasikannya dengan akaun RSS dan Facebook mereka.
Walaubagaimanapun, ianya turut sama memperlihatkan yang mana Twitter sedang berkembang dengan sihat dari semasa ke semasa, dan mungkin angka akaun berdaftar padanya mencapai angka pengguna Facebook pada masa sekarang ini tidak lama lagi.