Carian
Perkhidmatan Muzik-Awan Dari Apple Tidak Lama Lagi?
May 19, 2011 Aman

Nampaknya Apple tidak lama lagi akan memperkenalkan pesaing mereka tersendiri untuk Google Music dan juga Amazon Cloud Player. Selepas diperkatakan yang mana Apple telah menandatangani perjanjian bersama-sama dengan Warner Music Group, kini ianya turut sama telah menandatangani perjanjian bersama-sama dengan EMI Music, dan dalam proses untuk bekerjasama bersama-sama dengan Universal Music Group dan Sony Music Entertainment.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat perkhidmatan muzik atas talian mereka tersendiri, sama seperti Google Music dan Amazon Cloud Player pada acara WWDC kelak. Sebelum ini juga, ianya dilihat yang mana Apple telah mengambil-alih nama domain iCloud.com dalam menyediakan perkhidmatan muzik berasaskan awan mereka.

Walaupun Apple sedikit lambat berbanding dengan Google dan Amazon, nampaknya buat masa ini, hanya Apple sahaja yang mempunyai perjanjian kerjasama bersama-sama dengan beberapa syarikat muzik terkemuka. Namun begitu, semestinya Google Music akan mempunyai sesuatu nilai tambah apabila versi akhirnya menjelma, serta Amazon yang mungkin akan membuat sesuatu untuk perkhidmatan mereka.

Komen