Cari @ Amanz

Nampaknya dengan pengguna tempatan yang menggunakan Facebook melangkaui lebih 10 juta orang, serta pengguna Facebook global yang semakin meningkat naik dari hari ke hari, kini pihak Tourism Malaysia telah pun menggunakan platform tersebut dalam mempromosikan Malaysia dan penduduknya, dengan memperkenalkan permainan tarian berasaskan Facebook.

Buat masa ini, pihak Tourism Malaysia menyediakan sebuah peraduan ringkas menggunakan permainan tersebut, dimana pemenangnya bakal memenangi pelbagai hadiah menarik. Ianya mungkin salah satu strategi mereka dalam mempromosikan halaman Facebook mereka, sebelum dilancarkan secara rasminya pada bulan Jun kelak.

Dengan Tourism Malaysia kini menumpukan pada pemasaran sosial di rangkaian sosial terkemuka, mungkinkah kita akan dapat melihat lebih banyak agensi kerajaan melakukan perkara sama tidak lama lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd