Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, sebelum ini penjualan HTC Flyer bersama-sama dengan Maxis ditangguhkan buat sementara disebabkan kekurangan stok global. Maxis sendiri telah mengatakan yang mana ianya bakal dijual bermula penghujung bulan ini, dan ura-ura awal memperlihatkan yang mana ianya akan dijual pada minggu hadapan di Malaysia.

HTC Flyer

Buat masa ini, tarikh pastinya masih belum disahkan sepenuhnya, namun beberapa sumber memperkatakan yang ianya mungkin pada 26 ataupun 27 Mei, mengambil hari pelancaran Khamis atau Jumaat yang sering dipilih oleh Maxis. Namun begitu, apa yang dinantikan adalah pelan dan pakej yang bakal diperkenalkan oleh Maxis, memandangkan mereka telah menjanjikan untuk menyediakan HTC Flyer pada harga serendah RM199, dan semestinya dengan kontrak selama 24 bulan.

Walaubagaimanapun, tarikh awal ini masih lagi pad peringkat ura-ura, dan mungkin ianya dilancarkan lebih awal ataupun lambat daripada tarikh tersebut. Tiada pengumuman tarikh rasmi daripada Maxis buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd