Melalui sebuah data ringkas yang dikeluarkan oleh SocialTimes hari ini, ianya memperlihatkan yang mana hampir 88.4% daripada pengguna internet di Malaysia mempunyai akaun Facebook, sekaligus memperlihatkan yang mana perhubungan melalui rangkaian sosial telah menjadi salah satu perkara utama di Malaysia pada masa kini.
Salah satu aktiviti yang paling digemari oleh rakyat Malaysia diperkatakan adalah perkongsian gambar melalui Facebook, yang mana telah memperlihatkan peningkatan sehingga 57% sejak tahun 2009 ke tahun 2010. Baru-baru ini, agensi kerajaan turut sama mula menggunakan platform Facebook untuk berhubung dengan rakyat dan pengguna dengan lebih pantas, selain beberapa syarikat swasta yang turut sama menyediakan khidmat pelanggan melalui Facebook.
Selain daripada itu, SocialTimes turut mengeluarkan data penembusan internet di Malaysia, iaitu sekitar 64.6% pada masa sekarang ini. Dengan angka hampir 88.4% menggunakan Facebook, ianya menjadikan Malaysia ditempat ke-enam dengan penggunaan Facebook paling ramai mengikut kadar penembusan internet.