Carian
Sah! HTC Flyer Dari Maxis Pada 27 Mei
May 19, 2011 Aman

Seperti yang dilaporkan oleh sebelum ini, kini Maxis telah pun mengesahkan yang mana HTC Flyer bakal mula dijual bermula minggu depan, lebih tepat lagi pada 27 Mei kelak. Namun begitu, buat masa ini, Maxis masih lagi belum mengeluarkan pakej dan pelan jualan untuk tablet pertama daripada HTC itu.

HTC Flyer membawakan Android 2.4 dengan antaramuka HTC Sense yang dibangunkan untuk tablet. Selain daripada itu, ianya turut membawakan cip pemprosesan 1.5GHz, dengan kamera terbina 5-megapixel, serta memori terbina 32GB. Ianya juga turut sama didatangkan dengan sebuah pen berasingan, membolehkan para pengguna menulis pada skrin dengan mudah, dan menyimpannya untuk rujukan lanjut.

Komen