Cari @ Amanz

BlackBerry PlayBook RM1699 – GALAXY S2 RM2599

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, dua peranti yang dinantikan ramai, tablet pertama daripada BlackBerry iaitu BlackBerry PlayBook dan juga telefon pintar dwi-teras daripada Samsung, Samsung GALAXY S2 sudah pun boleh didapati di Malaysia, melalui suatu promosi khas yang diadakan daripada 18 Mei hingga 28 Mei ini.

Ianya tidak diketahui buat masa ini, samaada peranti yang ditawarkan ini adalah produk untuk pasaran US ataupun khas untuk pasaran Malaysia. Selain daripada itu, hendaklah diambil perhatian, kedua-dua produk ini masih lagi belum dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Namun begitu, sekiranya anda ingin mendapatkannya terlebih dahulu, mungkin ianya merupakan salah satu promosi yang tidak boleh dilepaskan.

Selain daripada kedua-dua peranti tersebut, beberapa peranti lain turut ditawarkan pada harga yang menarik, termasuk Nexus S pada harga cuma RM1350.


Komen ()